
Syafa Zulkifli

Biodata saya...

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Mendengar :
-
Merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, perbualan, soala jawab dan sebagainya
-
Merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan.

Kemahiran Membaca
-
Merupakan lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
-
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Kemahiran Bertutur :
-
Merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.
-
Merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

Kemahiran Menulis
-
Merupakan kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkatanaan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
-
Peranan tulisan sangat penting kerana bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang
-
Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal